Nuffnang Ads

Followers

Wednesday 11 September 2013

Destinasi Bajet ' Trip Hiking Gunung Ledang '





Check2. .Ok. Kali ni saya akan menceritakan pengalaman trip saya ber'hiking di gunung ledang yang terletak di Johor,Tangkak. Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang 1jam dari Uitm Segamat. Kami bergerak seawal 7pagi bagi mengelakkan kesesakan.

Ok, sedikit pengenalan tentang gunung ledang,
Gunung ledang terkenal dengan pusat rekreasi alam semulajadi yang masih dijaga rapi oleh jabatan perhilitan. Selain daripada berkelah, terdapat juga air terjun yg membolehkan ramai pengunjung datang untuk bersantai bersama keluarga. Kemudahan lain termasuklah gerai2, chalet, dan yg paling penting sekali, tak lain dan tak bukan 'tandas' hehehe.

Trip saya bermula dengan pendakian ke kawasan air terjun paling tinggi di gunung ini. Saya serta rakan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk sampai ke air terjun yang paling teratas dibenarkan di situ. Kami berkelah dan bersarapan dengan suasana yg begitu menenangkan disamping menghayati keindahan alam. cehh!!!:) 


Next, kami juga sempat memberi makan kpd encik2 ikan yg turut juga bersarapan bersama2 kami. Memang seronok gile dapat plak feel ikan gelitik2 kaki, memang geli lah citenye:). Selesai je kami aktiviti mandi-manda kami juga sempat membeli seviniour sebagai tanda kenangan kami di kedai cenderamata yg terletak betul2 di dihadapan pintu masuk ke air terjun.

Our journey diteruskan lagi dgn satu lagi lokasi yg betul2 kami admire iaitu. . . .




Jeng jeng jeng!!!
Inilah dia kedai nasi ayam ali yang memang dah lame kiteorang plan nx try. Tepat2 je kiteorang sampai kt situ, .kire2 pkul 12 1/2 camtu. kedai baru je dibuka dan kamilah pelanggan pertama yg menjamu selera disitu. Special nya tentang nasi ayam disitu, mereka menyediakan pelbagai pilihan sos untuk dijamu dgn nasi ayam yg lagi sedap malah harganya turut berpatutan. Landmark untuk ke kedai ini ialah bersebelahan dengan bank 'RHB' berhampiran dengan kuil hindu.



Selesai sahaja lunch kami, Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke stesen minyak petronas bagi mengisi petrol dan terus pulang menuju ke Uitm Segamat. Alhamdulillah, kira2 jam 2ptg kami tiba dgn selamatnya dan aktiviti seterusnya di dalam bilik setelah penat. .hehe. .tidurlah :)
Overall bajet kami bagi hari tu just around Rm50 camtu with makanan yg sedap, tempat menarik siap boleh beli cenderahati lagi:)
Soo. .Selamat bercuti. .


2 comments:

  1. satu ketika dulu , masuk gunung ledang ni free jer . tak de penswastaan . rasanya masa tu lbh enjoy drp sekarang sbb sekarang kena byk korbankan rm bila nak ke situ ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. blm pernah jejaka lagi gubung ledang....

    ReplyDelete

LinkWithin

Anda munkin meminati :