Di hari pertama tahun baru 2014 yang lepas, mama dan saya telah merancang untuk membuat satu hidangan istimewa untuk dinikmati di hari tahun baru bersama keluarga, so setelah berbincang bersama, kami pun memutuskan untuk membuat spaghetti. .Bahan2 utama untuk masak pun telah dibeli tempoh hari bersama makcik2 kesayanganku tempoh hari di GIANT :). .so just topup2 lah apa2 yang perlu macam bawang, cili and daging lembu sedikit untuk tambahkan sedap(kata mama lah).
So, ni lah barang2 yang sempat di snapshot untuk kegunaan memasak. . .Selain barang diatas ni termasuklah. . . .
Meatball Ramly (Kalau nak lagi kick)
Daging cincang Ramly (Wajib)
Bawang Belanda or bawang kuning (Dicincang)
Cili Blender (Kalau nak rasa pedas and rasa unik)
Garam (Secukup Rasa)
Sos Kimball (Kalau nak lah)
Minyak masak (Sikit je)
Dan yang paling penting semua bahan dicuci bersih dahulu sebelum dimasak bagi mengelakkan sakit perut atau keracunana makanan.
So step yang pertama.
tumiskan bawang dengan minyak sampai naik wangi ataupun garing sedikit. . .
Seterusnya. . .masukkan cili blender (jika nak pedas lah)Kalau taknak pun takpe. . .
Lepas cili dah garing, masukkan daging cincang (part ni lama sikit bagi daging tu empuk)
Dalam setengah jam macam 2(agak2 daging dah lembut) masukkan cendawan butang, meatball dan biarkan sehingga mendidih and bolehlah tambah garam+sos spaghetti kimball+
air sikit bagi berkuah and lebih mesra. Dalam masa yg sama bolehlah rebus spaghetti and prepare pinggan.
So inilah hasilnya, santapan di hari pertama di tahun 2014 iaitu Spaghetti Kimball Meatball yang seksi lagi mengiurkan. hehe. .
Tengok 2 putri makan. .Sedap sangat lah tu :)
Konklusinya, bukan susah sangat nak masak kalau betul kita ada keinginan, tak payah bazir2 duit makan kat luar, lagi jimat, lagi bersih and yg paling best 'moment with family'. . Selamat mencuba. . .
ReplyDeleteشركة تركيب جبس بورد في دبي
شركة تنظيف في ابو ظبي
شركة عزل اسطح فى دبي
شركة تنظيف منازل في دبي