Nuffnang Ads

Followers

Saturday, 18 January 2014

REVIEW ALBUM "ARCTIC MONKEYS - AM"

1069815_10151555713635967_265246240_n

Ok, kali ini saya akan review tentang satu album dari band british pop yang memang popular dan hebat  'Arctic Monkeys'. Album ini mengandungi 12 buah lagu yang memaparkan imej baru Arctic Monkeys yang lebih matang dan juga menarik.

1."Do I Wanna Know?"  4:32

Riff intro yang begitu catchy menjadikan lagu ini begitu menarik. Selain itu, Dengan beat drum yang dan juga susunan lirik yang sangat bagus menjadikan lagu pertama dari album ini begitu hebat. Selain dari bunyi electro efek yang mengkhayalkan minda serta susunan bass yang sederhana telah membuatkan lagu ini menjadi siulan bagi mereka yg mendengar.

2."R U Mine?"  3:20

Lagu Rancak berbanding yg pertama, tetap menjadikan riff solo sebagai penarik dalam lagu, beat drum serta susunan yang memang mantap begitu juga lirik yang begitu membuatkan diri tergiang di telingga 'R U mine?'. Di pertengahan disusun pula dengan solo yg begitu ringkas tapi rancak dan modern rock.

3."One for the Road"  3:26

Permulaan lirik yang begitu menarik, diikuti dengan beat drum dan bass yang disusun dengan gaya santai serta diikuti dengan vokal backup yang begitu catchy menjadikan salah satu lagu terbaik dalam album ini. Di pertengahan sebelum solo, disusun dengan vokal backup dan solo yang ala2 oldies rock tapi telah disunting dengan beat modern rock. Serius mantap.

4."Arabella"  3:27

Lagu bemula dengan beat dan riff gitar santai diikuti dengan lirik yang begitu bermaksud mengenai cinta 'Arabella', Chorus sangat rancak dengan bunyi gitar dan dentuman drum dan kembali santai selepas itu, lirik bermakna dan juga vokal backup telah menjadikan lagi ini begitu padat. diteruskan oleh solo yang begitu pantas serta terus mengakhiri dengan lirik terakhir.

5."I Want It All"  3:04

Lagu yang bersahaja, Beat dan riff diikuti bersama lirik menjadikan lagu ini santai dan ringkas.Diikuti dengan solo dari gitar dan bass yang berbunga. Lirik diulang serta beat dikekalkan mengakhirkan lagu ini.

 

6."No. 1 Party Anthem"  4:03

Lagu yang bemakna dari segi tulisan lirik, rentak ala2 modern 60's menjadikan salah satu track yang begitu hebat, dengan riff gitar yang memukau diikuti dengan bunyi piano membuat lagi ini begitu santai dan tenang. Bunyi yang ringkas tapi padan dengan lirik yang dinyanyikan serta solo yang begitu mengkhayalkan serta bermakna dan begitu oldies, diiakhiri dengan lirik tajuk lagu ini.

7."Mad Sounds" 3:35

Bermula dengan riff gitar yang oldies diikuti dengan lirik beat perlahan serta bunyi bass yang begitu memukau sehingga ke pertengahan drum dimainkan dengan santai bagi mengiringi lagu juga backup vokal yang betul2 klasik menjadikan lagu ni begitu tenang dan dalam pengakhiran gitar solo yang bermain dengan bunyi xylo yang begitu padan. 

8."Fireside"  3:01

Rentak ala2 oldies slow rock, diikuti dengan lirik lahu dengan bunyi backup vokal yang klasik, sebuah lagu yang berterus terang dan susunan yang bersahaja.diteruskan dengan sedikit gitar solo yang perlahan dan begitu mengasyikkan. Lagu diakhiri dengan vokal backup yang klasik.

9."Why'd You Only Call Me When You're High?"  2:42

Bunyi bass yang begitu sexy diikuti dengan beat drum perlahan dan disusun dengan vokal lirik serta petikan gitar yang menjadikan lagu ini begitu hebat dan istimewa. Lirik lagu dalam lagu yang begitu bermakna dengan bunyi yag begitu padan diteruskan sehingga solo gitar dimainkan dengan tenang diikuti dengan ulangan tajuk lagu dan low note yang memang style

10."Snap Out of It"  3:12

Bunyi lagu yang disusun terus dengan piano serta beat drum dan juga gitar yang ringkas membuat lagu ini familiar dengan track2 yang lain, rentak 60'modern dijadikan di dalam lagu ini serta vokal backup telah membuat lagu ini begitu catchy dan tergiang di telingga pendengar.

11."Knee Socks"  4:17

Riff gitar yang begitu memukau bermula dan diikuti gitar kedua dan juga beat drum serta lirik yang begitu bermaksud, lebih menggunakan vokal backup untuk lagi ini bagi menjadikan imej oldies modern diteruskan dengan bunyi gitar yang ada di tengah2 lirik berserta riff gitar yang memukau. Disunting pula dengan suara featuring backup serta diteruskan dengan rentak bersahaja sehingga akhir lagu.

12."I Wanna Be Yours"3:04

Rentak yang begitu santai, diikuti petikan gitar serta lirik poetry yang begitu indah dan romantis, lagu beat oldies ditemani dengan bunyi bass dan piano organs serta vokal backup yang bertanya membuat lagu ini sempurna selain lirik berpuitis dan juga klasik.Di akhir pula dimainkan solo gitar yang santai diikuti ungkapan romantis.

Jumlah Minit : 41:43

Keseuruhan bagi album ini menunjukkan perbezaan bagi album2 arctic monkeys yang begitu ketara, dengan bunyi2 xylo serta organ piano begitu memujau serta kelainan. Dari segi lirik memang awesome oleh Alex Turner dan juga Arctic Monkeys. Dan tak mustahil banyak anugerah dimenangi mereka kerana album terbaru ini cukup menunjukkan bakat mereka dalam industri muzik yang lebih matang.

 Gold-star-graphic Gold-star-graphicGold-star-graphicGold-star-graphicGold-star-graphic

1 comment:

  1. done follow sini..
    btw nice bloghandmade tote bag...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/04/iklan-tote-bag-by-bearyblossom.html

    kegilaanku bershpping
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/04/kegilaanku.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Anda munkin meminati :